Kitab Durr Al-Faraid (Mutiara Yang Bernilai),1630

By: Wan Ahmad Bin ArshadSeries: Manuskrip - Wan Ahmad Bin ArshadDescription: Lebar : 17 cm Tinggi : 21.5 cm Baris Ayat : 19Subject(s): Manuskrip -- Wan Ahmad Bin ArshadDDC classification: MNP.MD.0001.2024.B
List(s) this item appears in: KOLEKSI PMNP
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
    Average rating: 0.0 (0 votes)

Kitab Durr al-Fara’id merupakan sebuah kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1040 Hijrah (1630 Masehi) iaitu ketika Syeikh Nuruddin al-Raniri menetap di Pahang. Mengikut tahun yang tercatat pada karya-karya penulisan Syeikh Nuruddin al-Raniri, kitab ini merupakan kitab terawal yang ditulis olehnya. Beliau menulis kitab ini lebih awal dari kitab-kitabnya yang lain seperti Siratul Mustaqim (1044H/1634M), Al-Fawaidul Bahiyah fi Ahaditsh Nabawiyah (1045H/1635M), Bustanus Salatin (1048H/1638M), Jawahir al-Ulum (1052H/1642M). Hal ini membuktikan bahawa bidang akidah merupakan bidang yang menjadi keutamaan Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kitab ini juga merupakan terjemahan karangan Imam Saadudin Mas’ud bin Umar at-Taftazani. Kandungan kitab ini jelas sekali menegakkan kebenaran akidah Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.

No. Surat : AL-ASAR.PHG.3.2.K.5 (25)
Tarikh Surat : 20.08.2024

There are no comments on this title.

to post a comment.

Click on an image to view it in the image viewer