TY - BOOK AU - Wan Ahmad Bin Arshad TI - Kitab Durr Al-Faraid (Mutiara Yang Bernilai),1630 T2 - Manuskrip - Wan Ahmad Bin Arshad U1 - MNP.MD.0001.2024.B KW - Manuskrip KW - Wan Ahmad Bin Arshad N1 - Kitab Durr al-Fara’id merupakan sebuah kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kitab ini selesai ditulis pada tahun 1040 Hijrah (1630 Masehi) iaitu ketika Syeikh Nuruddin al-Raniri menetap di Pahang. Mengikut tahun yang tercatat pada karya-karya penulisan Syeikh Nuruddin al-Raniri, kitab ini merupakan kitab terawal yang ditulis olehnya. Beliau menulis kitab ini lebih awal dari kitab-kitabnya yang lain seperti Siratul Mustaqim (1044H/1634M), Al-Fawaidul Bahiyah fi Ahaditsh Nabawiyah (1045H/1635M), Bustanus Salatin (1048H/1638M), Jawahir al-Ulum (1052H/1642M). Hal ini membuktikan bahawa bidang akidah merupakan bidang yang menjadi keutamaan Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kitab ini juga merupakan terjemahan karangan Imam Saadudin Mas’ud bin Umar at-Taftazani. Kandungan kitab ini jelas sekali menegakkan kebenaran akidah Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah; No. Surat : AL-ASAR.PHG.3.2.K.5 (25) Tarikh Surat : 20.08.2024 ER -