bustanus salatin bab ketujuh fasal ketiga: pada menyatakan ilmu tasrih dan ilmu tibb
Nuruddin Ar-Raniri
- Pulau Pinang Baytul Hikma 2020
- 195p
Kitab ini merupakan petikan daripada karya agung Shaikh Nuruddin Ar-Raniri iaitu kitab Bustanus Salatin. Petikan ini diambil daripada Bab Ketujuh Fasal Ketiga yang membahaskan secara ringkas mengenai asas-asas ilmu anatomi dan ilmu perubatan berlandaskan aliran Greek-Arab-Melayu. Walaupun kitab ini ringkas, ia sangat penting dalam struktur Perubatan Melayu, kerana ia menggariskan prinsip-prinsip penting yang menjadi dasar paling utama dalam Perubatan Melayu.