Kodikologi Jawi: Prinsip dan Kaedah Memahami Budaya Manuskrip Melayu
- Kuala Lumpur Perpustakaan Negara 2024
- 361p
Buku Kodikologi Jawi ini membincangkan sejumlah asas,prinsip dan kaedah yang diperlukan bagi memahami budaya tulis dalam manuskrip Melayu yang diwarisi pada hari ini.Faktor perubahan masa,budaya dan persekitaran kehidupan telah mewujudkan jurang yang luas antara masyarakat pada hari ini dan manuskrip yang dihasilkan ratusan tahun yang silam dan diwarisi daripada para leluhur. Perbezaan yang wujud bukan sahaja terhad pada aspek penggunaan Bahasa Melayu tradisi dalam aksara jawi semata-mata, bahkan merangkumi aspek tatacara penulisan dan penyediaan bahan tulis.