MANUSKRIP : KITAB SIRAT AL-MUSTAQIM
PENGARANG : NUR AL-DIN AL-RANIRI
- KERTAS PANJANG : 22 CM LEBAR:16.5 CM
- MANUSKRIP MUHAMMAD PAUZI BIN ABD LATIF .
Mengisahkan perbincangan tentang hukum-hakam fiqh dalam solat seperti solat berjemaah, masbuk, muwafiq, solat musafir, Jumaat, khawf, ‘Aidain, Kusufain dan jenazah. Membincangkan tentang zakat binatang ternakan, pertanian, emas, perak, perniagaan, fitrah dan pembahagian zakat. Kitab ini juga menerangkan tentang puasa seperti rukun,wajib syarat sah dan batal. Turut membahas tentang haji seperti syarat, rukun, sunat, wajib, tawaf, sa’e, wuquf di Arafah, bermalam di Mina, tahlul, ifrad, qiran, tamatu’, dam dan perkara haram ketika mengerjakan haji dan umrah.