Alat Muzik Tetuang
- Tanduk Kerbau Lebar : 8 cm Panjang : 34 cm
- Alat Muzik - Yunos (Tok mat) .
Tetuang diperbuat daripada tanduk kerbau yang boleh mengeluarkan bunyi atau gema menerusi getaran udara selepas ditiup turut berfungsi sebagai alat komunikasi pada zaman dahulu. Bagaimanapun tetuang atau lebih dikenali sebagai trompet Melayu kini hanya boleh dilihat secara eksklusif pada majlis tertentu seperti istiadat diraja, tetamu kehormat atau majlis keraian.